Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    500,000 pelancong asing direkodkan

    MELAKA, 19 MEI – Kira-kira 500,000 pelancong asing telah masuk ke Malaysia sejak minggu lepas susulan pembukaan semula pintu sempadan Malaysia pada 1 April lalu.

    Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Datuk Seri Dr Santhara Kumar berkata berdasarkan jumlah tersebut, pihaknya yakin sasaran dua juta pelancong dari luar negara dapat dicapai menjelang hujung tahun ini.

    Malah katanya beliau percaya jumlah itu mampu melewati sasaran, menjangkau kehadiran tiga hingga lima juta pelancong kerana menurutnya, beliau difahamkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, baru-baru ini mengumumkan penambahan penerbangan hampir 300 peratus.

    “Bagaimanapun kita juga masih berdepan dengan cabaran untuk mendapatkan angka pelancong asing ke negara ini seperti tahun 2019 dan ia pastinya mengambil masa berdasarkan beberapa perkara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...