51.1 peratus lengkap dos kedua vaksin COVID-19

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OKT – Seramai 342,509 orang iaitu 75.5 peratus daripada jumlah penduduk negara telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan setelah 1,676 orang lagi menerima suntikan vaksin kelmarin.

“Manakala, 231,732 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 51.1 peratus daripada jumlah penduduk negara,” Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengongsikan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini. Dengan jumlah tersebut, ujar beliau, Negara Brunei Darussalam kini telah mencatatkan sebanyak 574,241 jumlah keseluruhan pemberian suntikan COVID-19 sejak 3 April lalu.