Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    51 negara tandatangani perjanjian PBB tegah senjata nuklear

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), 20 Sept – Setiausaha Agung Antonio Guterres akan merasmikan majlis penandatanganan perjanjian pertama untuk mengharamkan senjata nuklear dan Majlis Keselamatan mengadakan mesyuarat peringkat tertinggi berhubung operasi pengamannya yang luas sekali ketika para pemimpin dunia menangani pelbagai krisis dan cabaran pada hari kedua perhimpunan tahunan mereka.

    Lebih 120 orang negara telah meluluskan perjanjian itu pada awal Julai lalu berhubung tentangan keras dari negara-negara nuklear dan sekutu mereka yang memboikot rundingan itu.

    Pejabat perjanjian PBB mengatakan 51 buah negara dijangka menandatangani pada hari pembukaan hari ini.

    Guterres juga dijangka memberi penerangan ringkas pada mesyuarat Majlis Keselamatan berhubung pembaharuan pasukan pengaman PBB – perkara penting dalam agenda pentadbiran Trump yang akan diwakili oleh Timbalan Presiden Mike Pence.

    Misi PBB Habsyah yang memegang jawatan presiden majlis itu, berkata sembilan orang presiden, tiga timbalan presiden, enam orang perdana menteri, tiga timbalan perdana menteri dan lebih 30 menteri luar dijadualkan menghadiri sesi sehari yang mana 71 buah negara telah mendaftar untuk berucap.

    Dalam Perhimpunan Agung, para pemimpin dari berbelas-belas buah negara akan berucap kepada 193 anggota badan dunia itu yang termasuklah presiden bagi negara Iran dan Ukraine, perdana menteri bagi Jepun dan United Kingdom dan pemimpin Palestin.

    Persaingan Korea Utara untuk memajukan senjata nuklear yang boleh sampai ke AS mendominasi sesi menteri-menteri perhimpunan itu yang dibuka semalam.

    Presiden Donald Trump mengancam akan ‘sepenuhnya memusnahkan’ negara Asia jika AS terpaksa mempertahankan diri atau sekutunya daripada serangan. Guterres memberi amaran bahawa ancaman serangan nuklear ada pada tahap tertingginya sejak akhir Perang Dingin dan ‘rundingan berapi boleh membawa kepada salah faham yang membawa padah. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda