Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    52 maut dalam musim hujan lebat Ecuador

    QUITO, 27 MAC – Musim hujan lebat yang berlanjutan dan menyebabkan kemusnahan di Ecuador telah menyebabkan 52 nyawa terkorban dan lebih 100 mangsa mengalami kecederaan, kata pegawai di sana, kelmarin.

    Selain itu, lebih 27,000 orang yang terjejas disebabkan banjir, tanah susur dan bangunan musnah sejak enam bulan lalu, kata Perkhidmatan Pengurusan Risiko Negara.

    Setiap satu daripada 24 wilayah Ecuador terjejas kecuali kepulauan Galapagos, 600 batu dari pantai, kata pihak perkhidmatan berkenaan.

    Ia berkata bahawa hujan lebat yang sangat kuat dan berpanjangan telah merosakkan atau memusnahkan lebih 13,000 ekar ladang, serta 6,240 buah rumah, sekolah atau klinik kesihatan.

    Banjir dan tanah susur pada 31 Januari lalu di ibu kota Quito, yang berlaku disebabkan oleh hujan lebat yang disaksikan dalam tempoh dua dekad, menyebabkan 28 nyawa terkorban dan 52 yang lain telah mengalami kecederaan.

    Para saintis berkata bahawa perubahan iklim meningkatkan risiko hujan lebat di seluruh dunia kerana suasana yang lebih panas menyebabkan ia menahan lebih banyak air. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...