Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    52 pain darah berjaya dikumpul

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Sebanyak 52 pain darah berjaya di kumpul semasa kempen derma darah anjuran Qudoz Event Management dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang berlangsung di The Mall, Gadong, hari ini sempena Kempen Hari Bertindak (DOA).

    Perkara tersebut dijelaskan oleh presiden dan pengasas Qudoz Brunei, Dayangku Noorbaizura binti Pengiran Haji Daud melalui panggilan telefon bahawa tujuan kempen berkenaan selain daripada menyokong DOA, ia juga dapat membantu Tabung Darah bagi menambah jumlah darah serta membantu pesakit yang memerlukan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, kempen itu mula beroperasi pada pukul 10 pagi hingga 2 petang dan akan dibukakan kepada orang ramai.

    Selain itu, penderma darah yang memberi sokongan terhadap kempen tersebut telah m elakukan ujian saringan ART oleh kakitangan Tabung Darah sebelum memasuki kawasan Triage sebagai satu langkah dalam mematuhi SOP oleh Kementerian Kesihatan bagi mengawal penularan COVID-19 sepanjang acara dijalankan.

    Beliau seterusnya menambah, mereka juga mengadakan kaunseling mengenai kepentingan menjaga kesejahteraan mental untuk orang ramai yang akan diadakan di Atrium Utama, The Mall, Gadong secara maya dan dikendali oleh imagine bersama Unit Kaunseling dan Sukarelawan JAPEM menerusi konsultasi bertemakan counselling through play.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...