Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    52 rekrut wadar tamat latihan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 3 JUN – Seramai 47 orang rekrut wadar lelaki dan lima rekrut wadar wanita diraikan dalam Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut Wadar Lelaki dan Wanita Pengambilan 1/2021 yang berlangsung di Padang Kawad Pusat Latihan Jabatan Penjara, Maraburong, Tutong, hari ini.

    Upacara berkenaan merupakan satu detik penuh bermakna bagi mereka di mana berkat kesabaran dan ketabahan dalam menempuh segala dugaan dalam latihan itu, mereka berjaya menjadi anggota wadar yang terlatih.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Penjara, Haji Mohammed Fadzillah bin Haji Ismail. Turut hadir ialah Penguasa Penjara, Pengiran Haji Mohammad Bahrin bin Pengiran Haji Jamaluddin selaku pemangku ketua Pusat Latihan serta para jemputan yang terdiri daripada ketua-ketua pengurusan, timbalan-timbalan pengurusan dan ahli keluarga rekrut yang diraikan.

    Pada majlis tersebut, tetamu kehormat terlebih dahulu memeriksa perbarisan dan menyampaikan ucapan sebelum diikuti dengan penyampaian hadiah kepada rekrut-rekrut terbaik.

    Penyampaian hadiah dimulakan dengan Rekrut Terbaik dalam Keseluruhan bagi Rekrut Lelaki yang diterima oleh Rekrut Wadar 848 Awangku Muhd Haziq Hafizul Muaz bin Pengiran Sahri dan rekrut perempuan terbaik kepada Rekrut Wadar 857 Nur Syifa Ameerah binti Mohammad Noralimin.

    Acara kemudian diikuti dengan penyampaian hadiah Rekrut Terbaik Undang-undang yang diterima oleh Rekrut Wadar 816 Abdul Hafiz bin Abdullah.

    Manakala itu, hadiah Rekrut Terbaik dalam Kawad pula diterima oleh Rekrut Wadar 851 Muhd Syazwan Asnawi bin Johari; Rekrut Terbaik Latihan Jasmani kepada Rekrut Wadar 817 Ali Haziq Irsyaduddin bin Ali Rahim dan Rekrut Terbaik Menembak kepada Rekrut Wadar 850 Lukas bin Hammedali.

    Pada upacara itu, tetamu kehormat turut diperkenalkan kepada rekrut-rekrut yang berjaya menamatkan latihan serta bergambar ramai.

    Pengarah penjara semasa menyampaikan hadiah kepada salah seorang rekrut terbaik.
    Haji Mohammed Fadzillah memeriksa perbarisan rekrut-rekrut yang diraikan pada Upacara Perbarisan Tamat Latihan bagi Rekrut Wadar Lelaki dan Wanita Pengambilan 1/2021 di Padang Kawad Pusat Latihan Jabatan Penjara, Maraburong, Tutong, kelmarin.
    Antara ahli keluarga rekrut-rekrut yang hadir bagi menyaksikan upacara perbarisan berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...