Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    522 migran tiba di Sicily

    ROM, 20 Jun – Kapal pengawal pantai Itali yang membawa lebih 500 penghijrah, yang termasuklah berbelas-belas orang yang telah diselamatkan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di perairan Libya minggu lalu, pada malam semalam telah tiba di pelabuhan Sicily, beberapa hari selepas menteri dalam negeri baharu yang berhaluan kanan, menegah kapal-kapal penyelamat NGO berlabuh di Itali.

    “Kapal Diciotti akhirnya mendarat di Pozzallo yang membawa 522 orang ke pelabuhan selamat,” UNHCR Itali mengatakan melalui Twitter.

    “Mereka telah diselamatkan dalam banyak operasi, 42 dari mereka terselamat daripada lemas dan mereka perlukan penjagaan perubatan segera dan juga sokongan psikologi,” agensi orang pelarian PBB itu berkata, dengan menambah kata bahawa ia berada di tempat kejadian bersama-sama pihak berkuasa Itali dan pertubuhan kemanusiaan.

    Seramai 12 orang penghijrah mengalami keadaan kekurangan air, termasuklah enam orang kanak-kanak, tiga orang wanita dan seorang lelaki, telah pun dihantar ke Pozzallo dan diletakkan dibawah penjagaan oleh pasukan Palang Merah Itali.

    Tidak diketahui sama ada mereka adalah sebahagian dari kumpulan 41 orang penghijrah yang diselamatkan dari sebuah kapal dalam kecemasan di peairan Libya Selasa lalu oleh USNS Trenton, yang memindahkan mereka ke Diciotti.

    Seorang anggota polis memeriksa seorang pendatang dari kapal pengawal pantai Itali ‘Diciotti’ di pelabuhan Pozzallo, Sicily, kelmarin. – AFP

    Krew kapal pengangkutan AS juga melihat 12 mayat di dalam air tetapi tidak dapat mengesan mereka ketika pencarian selepas penyelamatan itu, menurut tentera laut AS.

    Sebuah kapal NGO ‘Sea Watch’ yang berada berhampiran menawarkan untuk membantu dengan syarat ia boleh berlabuh bersama para penghijrah di pelabuhan Itali, yang mana pihak berkuasa Itali telah menolaknya.

    Menteri Dalam Negeri Itali yang berhaluan kanan Mat-teo Salvini telah memberi amaran bahawa kapal-kapal penyelamat penghijrah NGO tidak akan dibenarkan menurunkan ‘kargo manusia’ di pelabuhan-pelabuhan Itali.

    Kerajaan Itali baharu yang anti penghijrahan minggu lalu telah menegah kapal Aquarius yang dikendali oleh NGO Perancis yang membawa lebih 600 orang penghijrah di dalamnya, dari berlabuh di Itali, yang menimbulkan kegemparan dan pertikaian dengan Perancis.

    Salvini yang mula menduduki jawatannya pada 1 Jun lalu menuduh badan-badan amal bersubahat dengan penyeludup manusia yang beroperasi di Libya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda