53.5% populasi Malaysia lengkap divaksin

KUALA LUMPUR, 14 SEPT – Sebanyak 53.5 peratus atau 17,480,766 daripada keseluruhan populasi di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19, setakat semalam. 

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi perkongsian di https://covidnow.moh.gov.my memaklumkan sebanyak 66 peratus atau  21,573,348 pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos. Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 227,147 dos vaksin diberikan semalam menjadikan keseluruhan dos yang diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 38,990,335.

Sementara itu, setakat 11.59 malam 13 Sept, sebanyak 104 kematian sebenar harian COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam dan 309 kes kematian tertunggak. – Bernama

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam. – Bernama