Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 SEPT – Dalam menyahut seruan memainkan peranan untuk tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam, Radio Televisyen Brunei (RTB) telah mengadakan kempen derma darah di Bilik VIP, Bangunan Utama, Kompleks Penyiaran RTB Sungai Akar pada 2 September lalu.
Semasa kempen yang dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu, sebanyak 53 pain darah telah berjaya dikumpulkan daripada para penderma darah yang terdiri daripada warga kerja RTB dan orang ramai.
Kempen derma darah itu diadakan bersempena Ulang Tahun Perkhidmatan TV ke-48, Radio Televisyen Brunei (RTB) dengan matlamat untuk membantu meningkatkan bekalan stok darah di negara ini.
