Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    533 pelajar baharu mulakan pengajian di Maktab Duli

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Seramai 533 orang pelajar pra-universiti memulakan pengajian menengah 6 di Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) dengan Program Orientasi yang berlangsung di maktab berkenaan bermula 25 Februari hingga kelmarin.

    Daripada jumlah pelajar yang memulakan pengajian di maktab berprestij itu bagi tahun akademik 2023/2024 itu, seramai 204 orang pelajar adalah pelajar lelaki dan 329 orang pula adalah pelajar perempuan.

    Program orientasi tiga hari itu bermatlamat untuk memberikan pendedahan dan memperkenalkan para pelajar baharu kepada pembelajaran serta peralihan mereka daripada pendidikan menengah ke pembelajaran di maktab berkenaan.

    Ia diadakan di gimnasium maktab di mana pada hari pertama, pelajar-pelajar baharu telah melalui sesi pendaftaran dan ditempatkan dalam kumpulan tutor masing-masing.

    Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad dalam ucapannya mengalu-alukan serta menyatakan tahniah kepada para pelajar baharu yang telah berjaya dalam peperiksaan GCE O Level pada 2022.

    Salah satu perkara yang diketengahkan dalam ucapannya ialah penggunaan flipped classroom model di maktab berkenaan di mana ia merupakan sejenis pendekatan pembelajaran campuran yang telah dimulakan pada 2022 dan ia telah mempunyai kesan efektif kepada pencapaian akademik para pelajar.

    Para pelajar juga berpeluang untuk menyaksikan video korporat Maktab Duli yang memberikan maklumat mengenai latar belakang maktab itu, struktur organisasi pentadbiran maktab serta maklumat mengenai ketua bahagian, unit dan jabatan di maktab berkenaan.

    Sebagai sebahagian daripada program orientasi berkenaan, para pelajar baharu juga dibawa untuk melawat kampus maktab dan pada hari terakhir orientasi itu, para pelajar berpeluang untuk menyertai acara amazing race yang dianjurkan oleh tutor Bahagian CCA Maktab Duli bersama-sama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pembimbing Rakan Remaja serta ketua-ketua kumpulan.

    Dayangku Hajah Nooramaliatifah semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya.
    Para pelajar baharu mengikuti acara amazing race yang diadakan semasa Program Orientasi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...