54 berjaya sumbang darah

Oleh Yusrin Junaidi

BELAIT, 30 OKT – Buat julung kalinya, Syarikat Wood dan Hotel V Plaza telah mengadakan kempen derma darah dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Suri Seri Begawan, hari ini.

Pada kempen tersebut, hanya 54 orang sahaja daripada 75 kakitangan yang mendaftar sepanjang kempen itu berjaya mendermakan darah mereka.

Kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan dan menekankan tanggungjawab dalam masyarakat bagi menolong mereka yang berdepan situasi kecemasan.

Antara yang menderma darah pada kempen tersebut. – Gambar oleh Daniel Lim