Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    54 pegawai ABDB naik pangkat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, seramai 54 orang pegawai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah dinaikkan pangkat pada majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan penyampaian tanda pangkat pada majlis tersebut ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Pegawai-pegawai yang dinaikkan pangkat terdiri daripada empat orang pegawai kanan yang dinaikkan ke pangkat kolonel, tiga orang pegawai dinaikkan ke pangkat leftenan kolonel tetap, 11 orang pegawai dinaikkan ke pangkat mejar / leftenan komander (TLDB) tetap, seorang pegawai dinaikkan ke pangkat pemangku mejar, 29 orang pegawai dinaikkan ke pangkat kapten / leftenan (TLDB) tetap dan enam orang pegawai dinaikkan ke pangkat pemangku kapten / leftenan (TLDB).

    Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan angkatan bersama, timbalan-timbalan setiausaha tetap, komandan-komandan, pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan ABDB, serta keluarga para pegawai yang dinaikkan pangkat.

    Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak semasa menghadiri majlis tersebut.
    Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi semasa menyampaikan tanda pangkat kepada salah seorang pegawai pada majlis yang berlangsung di Mes Pegawai, Berakas Garison, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...