55 calon pemenang anugerah didedahkan

PARIS, 11 Sept – Kesatuan pemain dunia, FIFA dan FIFPro semalam telah mengumumkan senarai yang terdiri daripada 55 calon bagi FIFA FIFPro World11 2018, termasuklah kesemua 11 pemain yang beraksi untuk Real Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-juara UEFA musim lalu.

Calon itu yang diundi oleh hampir 25,000 pemain bola sepak profesional dari 65 buah negara dan rantau, menyenaraikan calon termasuklah 10 calon yang terlibat dalam World11 tahun lalu bersama 11 muka baharu termasuklah Virgil van Dijk dan Joshua Kimmich.

Setiap penyertaan pemain bola sepak perlu memilih seorang penjaga gol, empat pemain pertahanan, tiga pemain midfield dan tiga penyerang, berdasarkan prestasi pemain antara 3 Julai 2017 hingga 15 Julai 2018.

Pemegang gelaran Liga Juara-juara UEFA, Real Madrid paling banyak mewakili kelab itu bersama 11 orang pemain. Di peringkat kebangsaan, Sepanyol mempunyai sembilan pemain dalam senarai, disusuli oleh juara Piala Dunia Perancis bersama lima orang pemain. – Xinhua