Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    55 guru baharu tamat program induksi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Seramai 55 orang guru baharu telah berjaya menamatkan Program Induksi untuk Tenaga Pengajar Baharu dan menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Mezzanine, Hotel Parkview, Jerudong, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil pada majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua kluster dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati dan sijil penghargaan kepada para peserta program, penyampai taklimat dan fasilitator yang disempurnakan oleh Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati.

    Majlis turut menyaksikan peserta-peserta program membaca Ikrar Guru beramai-ramai dengan diketuai oleh salah seorang peserta program, Haji Khairul Anwar bin Haji Sahari.

    Para peserta program membaca Ikrar Guru beramai-ramai di akhir majlis penutup dan penyampaian sijil berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...