Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    55 maut keganasan sektarian di Nigeria

    KASUWAN MAGANI, Kaduna, Nigeria, 22 Okt – Keganasan sektarian yang berlaku di sebuah pasar di Kaduna utara Nigeria menyebabkan 55 orang terbunuh, kata Presiden Muhammadu Buhari.

    Pertelingkahan membabitkan belia Muslim dan Kristian itu berlaku di kota Kasuwan Magani.

    Pesuruhjaya Polis Negeri berkata, susulan kejadian itu 22 orang ditahan dan perintah berkurung diisytiharkan di bandar tersebut.

    Nigeria sering menyaksikan berlakunya keganasan sektarian dan menurut jurucakap rasmi presiden Garba Shehu menerusi Twitternya, ia suatu perkembangan membimbangkan. Justeru, beliau menyeru pemimpin masyarakat menggalakkan toleransi dan menghentikan sebarang pertengkaran sebelum menjadi keganasan. – Bernama/NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda