Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    55 Pain darah berjaya dikumpul

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Sebanyak 55 pain darah berjaya dikumpulkan daripada 55 peserta yang menyertai kempen derma darah yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, hari ini.

    Menurut kenyataan yang diterima daripada Majlis Belia Brunei (MBB), kempen tersebut telah dihadiri oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari selaku presiden MBB yang turut menderma darah.

    Kempen anjuran mahasiswa dan mahasiswi Tahun 3 Universiti Brunei Darussalam yang ketika ini sedang menjalani Discovery Year di bawah MBB dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Pengiran Isteri Anak Saleha (RIPAS) itu bermatlamat untuk membantu Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS dalam meningkatkan tabung darah.

    Dalam menjayakan usaha berkebajikan tersebut, beberapa buah syarikat seperti Yumcha, Brunei Halal, Sehat, Sabli Food Industries, Project Printhub, Madformacs Bn, Oris, Ayam Brand, Hui Huang Enterprise dan Ngupi Bn turut menaja kempen derma darah itu.

    Dalam pada itu, bagi membantu menambah bekalan darah di negara ini, orang ramai bolehlah menderma darah di Hospital RIPAS atau mengikuti kempen-kempen yang akan datang. Bagi mengetahui keterangan lebih lanjut mengenai kempen-kempen selanjutnya dan tempat untuk menderma darah boleh mengikuti akaun Instagram @bloodbank_ripas.

    KIRI: Yang Berhormat Dayang Khairunnisa turut menderma darah semasa kempen berkenaan. – Gambar serahan MBB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...