Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    55 terima sumbangan derma

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Seramai 55 orang anak-anak yatim, golongan asnaf dan ibu-ibu tunggal yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dan Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di keempat-empat empat daerah, menerima sumbangan derma pada majlis penyampaian sumbangan di De Dream Event Co, hari ini.

    Majlis anjuran Projek Amal Impian Cahaya Iman itu bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Selain itu, sumbangan juga dihasratkan dapat membantu komuniti daripada golongan kurang berkemampuan, ibu tunggal dan anak-anak yatim daripada golongan asnaf selain memberi peluang kepada generasi muda dalam membantu keluarga yang kurang berkemampuan tanpa mengira bangsa dan agama. Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian agihan daging-daging korban sempena Hari Raya Aidiladha, yang mana penyembelihan binatang korban itu dilakukan semasa ibadah korban baru-baru ini.

    Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh pengerusi majlis, Hajah Faridah binti Haji Mohd Taufik, Dayang Mimi Radziah dari Syarikat Slimimi dan Dayang Fatimah.
    Manakala agihan daging korban disampaikan oleh pelajar Miraputra Bakers, Hajah Taisah dan Dayang Sabariah.

    Terdahulu, bacaan doa selamat dibacakan oleh pelajar cemerlang Bahagian Usuluddin Sekolah Menengah Arab Lelaki, Awang Mohd Adli Danial bin Ali.

    Hajah Faridah dan dermawan lain menyampaikan sumbangan kepada para penerima pada majlis itu.
    Antara penerima sumbangan yang diraikan pada majlis tersebut.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...