562 jalani pengasingan diri, tiada kes baharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Negara Brunei Darussalam terus mencatatkan sifar jangkitan COVID-19 apabila tiada kes baharu dicatatkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 141 orang.

Sementara itu, seramai 562 orang kini sedang menjalani pengasingan diri mandatori, dengan seramai 3,820 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020, Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan turut menyatakan bahawa dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 673 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 42,307 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.