570 jalani pengasingan diri mandatori

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seramai 570 orang kini sedang menjalani pengasingan diri mandatori, dengan sejumlah 4,018 orang lagi telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Kesihatan dalam pengemaskinian terkini status jangkitan COVID-19 di negara ini, hari ini, setakat jam 12 tengah hari, tiada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 142 orang dan cuma satu kes yang masih aktif.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 293 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 43,983 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.