Friday, March 21, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    57,000 penduduk Bali dipindahkan

    JAKARTA, 26 Sept – Jumlah penduduk yang dipindahkan meningkat lebih 57,000 orang berikutan peningkatan aktivi seismik di Gunung Agung di daerah Karang Asem, Bali Indonesia, seorang pegawai kanan agensi bencana berkata pada Selasa, lapor agensi berita China Xinhua.

    Pada Isnin seramai 48,000 orang telah dipindahkan.

    Sebelum ini, pada 19 September, pihak berkuasa Indonesia menaikkan status amaran untuk gunung berapi itu.

    “Aktiviti gunung berapi terus meningkat apabila pergerakan magma ke permukaan didapati lebih intensif,” kata jurucakap agensi pengurusan bencana Sutopo Purwo Nugroho kepada Xinhua.

    Menurut pegawai itu, Presiden Indonesia Joko Widodo dijadual melawat mangsa di pusat pemindahan, Selasa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda