Friday, June 2, 2023
23.6 C
Brunei

    -

    SR YSHHB rai pelajar cemerlang

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 MEI – Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB), kelmarin, telah meraikan para pelajar cemerlang Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2022 dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang yang berlangsung di dewan sekolah berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil dan hadiah itu, Penolong Pengarah Urusan III Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Awang Abdullah @Dollah bin Haji Ahad.

    Terdahulu, Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam bin Haji Ladi dalam ucapannya antara lain berkongsi pencapaian PSR yang telah diperolehi sekolah berkenaan.

    Selain itu, beliau turut berkongsi kembali cabaran setelah pelajar-pelajar kembali ke sekolah pada 14 Mei 2022, yang mana Peperiksaan PSR telah dijalankan menggunakan School Assessed Marks (SAM) dan tidak bersemuka.

    “Pelajar-pelajar PSR 2022 telah mengalami banyak cabaran dan telah melalui pengajaran dan pembelajaran dalam talian dalam tempoh yang agak lama,” jelasnya.

    Salah seorang pelajar cemerlang yang diraikan menerima anugerah yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.
    Antara pelajar yang diraikan pada majlis berkenaan.

    Antara pelajar yang diraikan bergambar bersama bekas guru mereka.

    Beliau turut tidak menafikan di mana pengajaran dan pembelajaran dalam talian mempunyai cabaran tersendiri seperti memastikan motivasi pelajar dan kualiti pengajaran dan pembelajaran sentiasa pada tahap yang tinggi.

    “Pelajar juga sentiasa mematuhi kedatangan dan ketetapan menghadiri kelas dan lain-lain lagi,” tambahnya.

    Beliau seterusnya mengongsikan, bagi PSR 2022, sekolah berkenaan telah mencapai keputusan cemerlang dengan pelajar mencapai 100 peratus lulus sementara sebanyak 24.2 peratus pelajar telah mencapai Gred A dalam lima mata pelajaran manakala 92.2 peratus pelajar-pelajar yang telah memperolehi gred A hingga C.

    Secara keseluruhan prestasi pelajar sekolah berkenaan dalam memperolehi gred A hingga C dalam lima mata pelajaran melebihi 90 peratus dan pelajar 100 peratus lulus dalam semua mata pelajaran masih pada tahap cemerlang.

    “Penganugerahan ini akan dapat menjadi penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar dan warga sekolah untuk terus berusaha dalam mencapai kemajuan dan kejayaan dalam bidang pendidikan selaras dengan harapan dan wawasan negara 2035,” ujar beliau lagi.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS, Jepun modenkan pakatan tentera

    TOKYO, 1 JUN – Amerika Syarikat (AS) dan Jepun sedang berusaha untuk memodenkan pakatan ketenteraan mereka dalam menghadapi ancaman dari China, Korea Utara dan...
    - Advertisment -