Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    575 anggota ABDB terima pingat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan seramai 575 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) terdiri daripada anggota yang masih berkhidmat dan yang telah bersara, bagi penerimaan anugerah Pingat Kerja Lama dan Perangai Baik (PKLPB) pada majlis yang diadakan secara serentak di perkhemahan-perkhemahan tentera dan diadakan mengikut garis panduan Fasa Awal Endemik COVID-19 di negara ini.

    Seramai 42 orang pegawai ABDB yang menerima PKLPB yang disampaikan oleh Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Haji Hamzah bin Haji Sahat bertempat di Kementerian Pertahanan, Bolkiah Garison. 

    Majlis kemudiannya disusuli dengan penyampaian pingat kepada 84 anggota Kementerian Pertahanan dan Akademi Pertahanan yang disampaikan oleh Pemerintah Angkatan Bersama ABDB, Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abdul Kadir.

    Sementara itu, seramai 192 orang anggota Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB) pula menerima PKLPB yang disampaikan oleh Pemerintah TDDB, Brigedier Jeneral Haji Muhd Haszaimi bin Bol Hassan, bertempat di Berakas Garison. Bagi Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), PKLPB telah disampaikan oleh Pemerintah TLDB, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Haji Seruji kepada 86 orang anggota TLDB di Pangkalan Tentera Laut Muara.

     Seramai 121 orang anggota Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) menerima PKLPB disampaikan oleh Timbalan Pemerintah TUDB, Kolonel (U) Haji Alirupendi bin Haji Perudin, bertempat di Pangkalan Tentera Udara Rimba.

    Brigedier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak semasa menyempurnakan penyampaian pingat kepada 84 anggota Kementerian Pertahanan dan Akademi Pertahanan.

    Seramai 22 orang anggota Institut Latihan ABDB (IL ABDB) menerima PKLPB yang disampaikan oleh Komandan IL ABDB, Kolonel (U) Haji Haszahaidi bin Haji Ahmad Daud bertempat di Penanjong Garison. 

    Pada masa yang sama juga Pegawai Pemerintah Rejimen Pasukan Khas (RPK), Leftenan Kolonel Muhd Suwardi bin Pehin Datu Laksamana Dato Paduka Haji Abdul Latif menyampaikan PKLPB kepada 24 orang anggota RPK.

    Pengurniaan pingat tersebut adalah merupakan pengiktirafan tanda penghargaan atas khidmat bakti yang dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti. 

    Pengurniaan pingat itu juga diharap akan menjadi inspirasi kepada anggota ABDB yang lain, menggalakkan mereka mengekalkan tahap profesionalisme dan kecemerlangan yang tinggi dalam kerjaya ketenteraan mereka.

    Adapun kriteria kelayakan untuk menerima PKLPB tersebut adalah ber-khidmat dalam ABDB tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak ada melakukan kesalahan yang boleh melibatkan mahkamah awam dan mahkamah tentera.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...