Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh: Sim Y. H.

    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Jun- Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Laporan telah dibuat di Balai Polis Muara untuk mengesan dua orang pekerja iaitu seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia, Ade Rusmana yang berusia 42 tahun dengan nombor pasport, C9312641 dan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia, Teti Rustini Abad yang berusia 48 tahun dengan nombor pasport, C9962194, yang dipercayai lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki dan perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara di talian, 2770140 atau talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Ade Rusmana
    Teti Rustini Abad

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...