Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    58.8% budak lengkap dua dos vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Sebanyak 111 dos pertama dan 1,063 dos kedua telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, yang masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 82.6 peratus dan 58.8 peratus bagi dos kedua.

    “Dalam pada itu, liputan bagi rakyat dan penduduk negara ini yang telah mendapatkan tiga dos vaksin adalah sebanyak 71.2 peratus,” kongsi Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya mengongsikan bahawa sebanyak 380 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan pada hari ini, iaitu 377 kes hasil ujian pantas antigen (ART) dan tiga kes hasil daripada 361 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    “Oleh itu, jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam setakat ini ialah 151,161 kes,” tambah beliau.

    Menurut beliau, tidak ada kes yang dikategorikan dalam kategori 5, yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU), manakala itu, dua kes sedang berada dalam kategori 4, yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    “Sebanyak 99 kes telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh kepada 148,384 kes. Jumlah kes aktif pula sebanyak 2,554 kes iaitu lapan kes sedang dirawat di hospital manakala 2,546 kes sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” jelas beliau lagi.

    Di hujung kenyataannya, beliau berdoa semoga Negara Brunei Darussalam berserta seluruh rakyat dan penduduknya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, sejahtera dan dalam lindungan Allah SWT.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa menghadiri sidang media tersebut. Turut hadir ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Maswadi bin Haji Mohsin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...