Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    58 panggilan kebakaran hutan setakat Mei

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MEI – Kebakaran hutan berskala besar secara bertompok-tompok dengan jarak tiga kilometer di dalam hutan kawasan Rimba yang berlarutan selama dua hari telah berjaya dipadamkan 100 peratus beberapa hari lalu dan dianggarkan memusnahkan sekitar 90 hektar tanah kerajaan.

    Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), hari ini, kebakaran hutan berskala besar di kawasan-kawasan yang terjejas seperti kawasan Loji Penapisan Air Berakas, berdekatan kawasan Radar, Lebuhraya Muara-Tutong menuju ke UBD, kawasan UTB dan kawasan Jalan 60 dan Jalan 99 RPN Kampung Rimba itu boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan penduduk jika ianya melarat dan berlarutan.

    Operasi memadam kebakaran tersebut memerlukan bantuan 33 kali water bombing menggunakan helikopter Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) melalui Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) bersama 21 anggota bomba dan Balai Bomba Rimba serta bantuan dari Balai Bomba Lambak Kanan dan Balai Bomba Unit Operasi Wanita bersama empat buah jentera.

    Semasa operasi tersebut, anggota bomba menghadapi cabaran dalam memastikan kebakaran tidak akan merebak ke kawasan perumahan. Ia juga memerlukan peralatan dan logistik berat yang harus digunakan oleh anggota yang beroperasi serta kesukaran mencari bekalan air untuk memadamkan kebakaran yang jauh di dalam hutan dan bukit-bakau.

    Dari Januari hingga 5 Mei 2022, JBP telah menerima sebanyak 58 panggilan kebakaran hutan yang melibatkan 159 hektar atau bersamaan 397 padang bola dan 66 panggilan kebakaran rumput yang melibatkan 30.2 hektar atau bersamaan 75 padang bola.

    Pada Januari, sebanyak 12 panggilan kebakaran melibatkan 14.46 hektar telah diterima, 14 panggilan melibatkan keluasan 18.75 hektar pada Februari, tujuh panggilan melibatkan keluasan 11.86 hektar pada Mac, 26 panggilan melibatkan keluasan 18.93 hektar pada April serta tiga panggilan melibatkan 95 hektar diterima sehingga 5 Mei.

    Manakala itu, bagi panggilan kebakaran belukar, 11 panggilan pada Januari (1.62 hektar), 14 panggilan pada Februari (5.67 hektar), 11 panggilan pada Mac (2.6 hektar), 21 panggilan pada April (12.49 hektar) serta lapan panggilan setakat 5 Mei (7.82 hektar).

    Dalam hubungan itu, JBP menekankan orang ramai untuk tidak membuat pembakaran terbuka bagi tujuan untuk bercucuk tanam dan sebagainya sekurang-kurangnya 50 meter jarak keselamatan kebakaran (fire break) rumah dari pokok atau hutan demi keselamatan bersama.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...