58 pelajar terima sijil SSSRU

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Seramai 58 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar sesi 2018 telah menerima sijil Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Uga-ma (SSSRU) masing-masing pada majlis yang diadakan di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Seramai 40 pelajar mendapat Pangkat 1, 12 mendapat Pangkat 2 dan tujuh lagi mendapat Pangkat 3.

Hadir selaku tetamu khas majlis dan menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Pemangku Ketua Kampung Katimahar, Haji Bujang bin Haji Abdul Ghani. Turut hadir ialah ibu bapa serta penjaga pelajar yang diraikan.

Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk memupuk semangat pelajar-pelajar supaya akan rajin belajar dan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan dan kejayaan yang lebih cemerlang.

Selain itu, majlis merupakan majlis tahunan yang diadakan khas bagi pelajar-pelajar Darjah 6 untuk menanamkan sifat bekerjasama antara warga sekolah, ibu bapa, penjaga pelajar dan masyarakat umumnya serta memberikan galakan kepada para pelajar agar lebih berusaha bagi mendapatkan kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan
datang.

Tetamu kehormat menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar.