59.3% lengkap dua dos vaksin

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Seramai 353,041 orang iaitu 82.1 peratus daripada jumlah penduduk negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin apabila seramai 627 orang menerima suntikan di seluruh negara.

“Manakala, 255,022 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 59.3 peratus daripada jumlah penduduk negara,” ujar Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, hari ini.

Sehubungan itu, kini Negara Brunei Darussalam telah mencatatkan sebanyak 608,063 pemberian dos pertama dan dos kedua, sejak ia mula diberikan pada 3 April 2021. Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 386,932 jumlah pemberian, diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 80,421, Daerah Tutong sebanyak 70,762 dan Daerah Temburong sebanyak 69,948.

Orang ramai menunggu giliran untuk mendapatkan vaksin. – Gambar fail vaksinasi pada tahun 2020