Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    59 tamat Program Talaqqi Kitab Turath

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Seramai 59 peserta telah menamatkan Program Talaqqi Kitab Turath bagi orang awam dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung Dewan Tarbiah, Kolej Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), hari ini.
    Penyampaian sijil disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Raes KUPU SB, Dr Haji Abang Hadzmin bin Haji Abang Taha selaku tetamu khas.

    Program anjuran KUPU SB melalui Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath itu bertujuan untuk menanamkan rasa cinta terhadap karya-karya ulama terdahulu dan dapat menjadi rujukan dalam praktik keberagamaan masyarakat.

    Matlamat program adalah untuk memberikan empat kemahiran iaitu Mahir fi al-Qiraah dengan latihan membaca, Mahir fi al-Kitabah dengan latihan menulis, Mahir fi al-Fahm dengan penerangan dan Mahir fi al-Ta’lim dengan mengajarkan kembali Kitab Turath.

    Berikutan sambutan yang menggalakkan daripada peserta, Pusat Penyelidikan dan Pengajian Jawi dan Kitab Turath seterusnya akan memperkenalkan peringkat lanjutan pertama, lanjutan kedua dan selanjutnya, program Takhtim (khatam kitab).

    Majlis diteruskan dengan perasmian Program Talaqqi bagi 2022 yang disempurnakan oleh tetamu khas majlis.

    Program tersebut akan dijalankan selama tiga bulan bermula 6 Ogos hingga Oktober depan yang disertai oleh 71 peserta.

    Dr Haji Abang Hadzmin menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...