5G bantu tingkat keselamatan

LANGKAWI, 19 JAN – Teknologi generasi kelima (5G) yang bakal diperkenalkan di negara ini membolehkan pemantauan keselamatan di lokasi umum dipertingkatkan dengan penempatan kamera pemantau berteknologi tinggi yang berupaya merakam pada masa nyata (real-time).

Teknologi berkenaan kini sedang diuji oleh syarikat telekomunikasi Celcom Axiata Bhd, yang telah meletakkan empat kamera mempunyai ciri kecerdasan buatan (AI) dan fungsi analisis video, di kawasan tumpuan di pulau peranginan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Idham Nawawi berkata kamera yang berupaya merakam pemandangan 360 darjah menerusi resolusi 4K ((kualiti paparan 4000 pixel) dipasang di Jalan Pantai Cenang dan Dataran Cenang sebagai sebahagian projek demonstrasi 5G yang sedang dijalankan.

“Sistem ini dinamakan ‘5G Safety and Security Smart City solution’ membolehkan pemantauan dibuat pihak berkuasa secara langsung dari jarak jauh.

“Teknologi ini adalah sangat sesuai digunakan bagi membantu pihak berkuasa seperti polis dan kastam menjalankan pemantauan dengan lebih berkesan dan tindakan boleh diambil dengan lebih pantas dalam mengatasi kes jenayah dan sebagainya,” katanya kepada Bernama hari ini. – AFP