5G+Internet perindustrian, sektor paling dinamik

BEIJING, 16 JUN – Kementerian Industri dan Maklumat China memberitahu bahawa pembinaan infrastruktur baharu di negara Tembok Besar itu sedang dipergiat.

Naib Pengarah Jabatan Pentadbiran Telekomunikasi, Lu Chuncong menyatakan projek berkaitan ‘5G+Internet Perindustrian’ yang sedang dibina di seluruh China telah melebihi 1,500, sekali gus memperlihatkan ia sebagai antara sektor paling dinamik.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Internet Perindustrian Sedunia 2021 yang bertemakan ‘era baharu, pola baharu, perjalanan baharu, modenisasi rantai industri dipicu internet perindustrian’ di sini, kelmarin. – Bernama