Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 aktivis didakwa laku khianat dihantar pulang

    PHNOM PENH, 28 NOV – Enam aktivis Kemboja yang didakwa melakukan pengkhianatan kerana komen dalam Facebook mengkritik kerajaan mereka telah dihantar pulang dari Thailand untuk dibicarakan, menurut sebuah kumpulan pro-demokrasi hari ini.

    Khmer Movement Democracy, sebuah gerakan yang ditubuhkan oleh pemimpin pembangkang yang kini berada dalam buangan, mengkritik keputusan untuk memulangkan empat wanita dan dua lelaki tersebut pada 24 November, dengan mendakwa mereka akan menghadapi ‘layanan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bermaruah’ dalam sistem penjara yang sesak di Kemboja.

    Aktivis-aktivis tersebut ialah Pen Chan Sangkream, Hong An, Mean Chanthon, Yin Chanthou, Soeung Khunthea dan Vorn Chanratana yang dikaitkan dengan Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), yang telah dibubarkan sebelum pilihan raya umum 2018 sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap pembangkang. – AP

    Perdana Menteri Kemboja Hun Manet semasa menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur di Sidang Kemuncak Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Jakarta, Indonesia pada 7 September 2023. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda