Wednesday, October 16, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 anggota polis ditembak, 2 maut

    WASHINGTON, 20 Ogos – Enm anggota polis ditembak dalam satu malam di negeri Florida dan Pennsylvania, dua daripadanya maut, membuatkan Presiden Donald Trump menghantar tweet menyokong jabatan di mana pegawai maut bertugas awal semalam.

    Di tengah bandar Kissimmee, Florida – hampir dengan kawasan Peranginan Dunia Walt Disney dan taman permainan lainnya – pegawai Matthew Baxter mati sejurus selepas penembakan pada Jumaat, manakala rakannya, Sarjan Richard Sam Howard mati akibat kecederaan pada Sabtu, umum jabatan polis di Twitter.

    Pegawai-pegawai itu sedang memeriksa orang diragui di sebuah kawasan yang terkenal dengan kegiatan dadah sekitar 9:30 pagi waktu tempatan. Lima minit kemudian, pihak berkuasa menerima panggilan mereka telah ditembak.

    Seorang suspek dikenali pasti polis sebagai Everett Miller, ditahan. “Ingatan dan doa saya bersama @KissimmeePolice dan orang tersayang mereka. Kami bersama kamu!” Tweeet Trump, seorang penyokong lantang penguat kuasa undang-undang AS awal semalam. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda