6 blok rumah pekerja terbakar

KALABAKAN, 23 APRIL – Kira-kira 120 rumah daripada enam blok bangunan kayu musnah dalam kebakaran di Kampung Bertitian Poris, dekat sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Zulbada Alior berkata lapan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergerak ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.54 petang.

“Sebaik tiba, didapati enam blok rumah pekerja dengan setiap blok terdapat 20 pintu terbakar, daripada enam blok itu, sebuah daripadanya merupakan blok yang baru siap dibina,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – Bernama