6 bulan percuma miliki Almera baharu

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 APRIL – Nissan Brunei telah mengumumkan promosi terkininya iaitu bayaran bulanan percuma selama enam bulan yang terhad kepada 18 pelanggan terawal yang membeli Nissan Almera bagi bulan ini.

Promosi tersebut diperkenalkan disebabkan pertanyaan tinggi daripada orang ramai di negara ini di mana dengan inisiatif berkenaan ia akan dapat mengurangkan beban kewangan para pelanggan dengan sokongan daripada program ‘Nissan Safety Solution’ yang sedang berjalan pada ketika ini di mana perkhidmatan ’contactless’ dan penghantaran terus ke pintu mereka akan dibantu oleh wakil jualan Nissan yang berdedikasi.

Bersempena dengan program ‘Nissan Safety Solution’, para pelanggan juga berpeluang mendapatkan dua bulan penangguhan pembayaran bagi mengurangkan beban kewangan semasa penularan COVID-19 ini.

Pegawai Perhubungan Awam dan Komunikasi Nissan Brunei, Dayang Julia Farhanah binti Haji Mohd Yusof berkata bahawa ia adalah tawaran yang sangat baik di pasaran Brunei dan memastikan pelanggan dapat merealisasikan impian untuk memiliki kenderaan Nissan baharu meskipun dalam tempoh yang mencabar ini.

Seramai 18 pelanggan pertama yang membeli Nissan Almera baharu pada bulan ini akan mendapat ansuran bulanan percuma selama enam bulan.