Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    6 cedera dalam letupan loji penapisan Louisiana

    GARYVILLE, LOUISIANA, 22 FEB – Sebuah loji penapisan besar Louisiana digegarkan oleh letupan dan kebakaran kelmarin, dengan enam pekerja mengalami kecederaan ringan, menurut Marathon Petroleum Corporation.

    Pegawai kemudiannya memberitahu bahawa bahaya sudah berlalu, tetapi tidak jelas apa yang menyebabkan letupan di kilang Marathon Petroleun Corporation di Garyville, antara New Orleans dan Baton Rouge itu.

    Kejadian itu telah mengakibatkan enam pekerja kontrak mengalami kecederaan, kata jurucakap Marathon, Joe Gannon dalam satu kenyataan melalu e-mel.

    Menurutnya, empat orang sebelum itu dirawat di kilang kemudian dikejarkan ke pusat penjagaan kesihatan di sebagai langkah berjaga-jaga. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...