Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    6 cedera dalam nahas helikopter

    HAWAII, 9 JUN – Sebuah helikopter terhempas di padang lava di Hawaii kelmarin dan kesemua enam orang di dalamnya telah selamat dipindahkan dari lokasi tersebut, tetapi dua dalam keadaan serius, menurut satu kenyataan pegawai.

    Pegawai maklumat awam bagi Hawaii County, Cyrus Johnasen, berkata, ia ialah helikopter pelancongan seorang juruterbang dan lima penumpang. Juruterbang, seorang lelaki berusia 50an, telah terperangkap tetapi kemudiannya berjaya dikeluarkan dan berada dalam keadaan kritikal. Manakala seorang wanita berusia 18 tahun juga dilaporkan dalam keadaan serius dan semakin teruk. Empat orang dilaporkan dalam keadaan ambulatori. Tiada maklumat lain mengenai identiti mereka dikeluarkan serta-merta.

    Laporan dikeluarkan kira-kira jam 5 petang dan mengatakan pesawat itu telah terhempas berhampiran hujung selatan Pulau Besar, kata Johnasen. Disebabkan tapak berkenaan tidak boleh diakses dengan kenderaan, Jabatan Bomba Hawaii telah menghantar dua buah helikopter untuk membawa mangsa ke ambulans yang menunggu di jalan berhampiran.

    Johnasen menambah bahawa tidak jelas sama ada keenam-enamnya telah dibawa ke hospital atau jika responden kecemasan meneruskan rawatan sendiri di dalam ambulans. Tiada maklumat segera dikeluarkan mengenai punca nahas itu setakat ini. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...