LONDON, 24 Sept – Serangan asid yang disyaki berlaku di timur London telah mencederakan enam orang, kata polis hari ini menambah bahawa mereka telah menangkap seorang lelaki berusia 15 tahun.
Polis dihubungi lewat Sabtu bergegas ke Pusat Statford berhampiran Stadium Olimpik London selepas bahan berbahaya telah disemburkan semasa pertikaian antara dua kumpulan lelaki.
Mereka berkata insiden itu tidak berkaitan dengan keganasan.
Terdapat 431 serangan asid berlaku di London tahun lepas, 398 daripadanya telah dilakukan di kawasan pilihan raya bandaran Newham, Stratford.
Polis berkata ‘kecederaan yang dialami tidak mengancam nyawa’. “Kami sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk menilai kemungkinan penyekatan jualan bahan berbahaya bersama para peruncit dan pengilang.”
Saksi memberitahu Press Association bahawa pertengkaran telah meletus sebelum itu. – AFP