6 cedera, kilang trak meletup di AS

DODGE CENTER, 12 Jan – Satu letupan kuat mencederakan enam orang di sebuah kilang trak di tenggara Minnesota, Amerika Syarikat (AS), lapor pihak berkuasa hari ini.

Letupan berlaku pagi kelmarin di McNeilus, pengeluar trak terbesar di sini, terletak kira-kira 113 kilometer ke tenggara Minneapolis. Sheriff Dodge County, Scott Rose, berkata letupan itu berlaku di bahagian mengecat.

Rose berkata, dua mangsa yang cedera diterbangkan ke hospital manakala dua lagi dibawa menaiki ambulans manakala dua mangsa lagi dirawat di tempat kejadian.

Katanya, kebanyakan pekerja berada di luar menyebabkan tidak ramai yang cedera. Pasukan penyiasat masih menjalankan siasatan di dalam kawasan kompleks yang terpaksa menutup operasi sehari. – AP