6 cedera pesta larian lembu

PAMPLONA, SEPANYOL, 11 JULAI – Seorang mengalami kecederaan di bahagian lengan, sementara lima lagi lainnya tercedera semasa pesta larian lembu San Fermin di Pamplona, kata pegawai di bandar utara Sepanyol.

Jurucakap hospital serantau, Tomas Belzunegui, berkata enam orang yang tercedera itu memerlukan rawatan di hospital selepas cedera semasa larian di sepanjang laluan 930 meter.

Kecederaan yang paling serius telah dialami oleh lelaki berusia 27 tahun dari bandar Valencia, di mana dia mengalami kecederaan di bahagian lengan. Kecederaan lain adalah akibat terjatuh. Larian pagi itu didahului protes oleh beberapa ‘pelari’, yang duduk di tepi jalan sebelum lembu itu dibebaskan.

Mereka menganggap bahawa larian lembu tahun ini kurang menyeronokkan kerana keadaan laluan yang sempit dan boleh mendatangkan bahaya kepada lembu-lembu tersebut.

Seorang penyokong acara itu juga telah berkali-kali memohon bagi laluan benteng yang sesuai untuk membantu lembu-lembu berkenaan daripada terkeluar dari laluan tersebut.

Reggie Gooden, yang berasal dari New York, berusia 60 tahun, berkata bahawa pesta larian lembu semakin berkurangan sejak 30 tahun yang lalu semasa dia mula menghadiri pesta tersebut. – AP

Orang ramai berjalan bersebelahan dengan lembu semasa pesta larian lembu di Pamplona, utara Sepanyol, kelmarin. – AP