6 korban feri terbalik di Sri Lanka

COLOMBO, 23 NOV – Enam termasuk empat murid sekolah terbunuh manakala 11 lagi cedera selepas feri yang mereka naiki terbalik di Kinniya, timur Sri Lanka pada pagi ini, kata polis.

Beberapa penyelam tentera laut turut terlibat dalam misi mencari dan menyelamat. Saksi kejadian memberitahu Xinhua beberapa sukarelawan tempatan turut membantu tentera laut mencari mangsa yang hilang.

Beberapa murid sekolah turut dilaporkan hilang manakala mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan.

Polis berkata feri itu terbalik akibat muatan berlebihan. – Bernama

Polis dan penyelamat tentera laut Sri Lanka menjalankan operasi menyelamat mangsa feri karam di timur Colombo, Sri Lanka, 23 Nov. Enam maut dalam kejadian itu. – AP