Friday, June 2, 2023
27.4 C
Brunei

    -

    6 maut, 12 cedera dalam insiden tembakan di Sacramento

    LOS ANGELES, 4 APRIL – Jabatan Polis Sacramento mengesahkan enam terbunuh manakala 12 lagi cedera dalam kejadian tembakan di Sacramento (California) pagi kelmarin, lapor Xinhua.

    Pada sidang media, Ketua Polis Sacramento, Kathy Lester berkata tiga lelaki dan tiga wanita maut dalam insiden itu namun, maklumat mengenai suspek atau motif kejadian tidak didedahkan.

    Beliau berkata enam mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

    Menurut laporan saluran berita tempatan, KCRA 3 sebanyak 76 das tembakan kedengaran di lokasi kejadian.

    Lester meminta orang ramai yang mempunyai rakaman mengenai kejadian itu untuk menghubungi polis.

    Menurut data Gun Violence Archive, lebih 17,000 orang maut atau cedera akibat keganasan senjata api setakat tahun ini dan sekurang-kurangnya 110 insiden tembakan besar-besaran dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun, AS sahkan kerjasama, tentang pelancaran satelit Korea Utara

    TOKYO, 2 JUN - Menteri Pertahanan Jepun, Yasukazu Hamada dan Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengesahkan kelmarin bahawa kedua-dua negara akan bekerjasama menentang pelancaran...
    - Advertisment -