ETNA, 15 NOV – Sebuah bas sewa khas yang dipenuhi pelajar sekolah menengah telah dirempuh sebuah trak semi di lebuh raya Ohio kelmarin, menyebabkan enam orang maut dan 18 orang cedera, kata pegawai.
Lima buah kenderaan terlibat dalam nahas itu, termasuk sebuah bas sewa Pioneer Trails yang membawa pelajar dan pengawas dari Daerah Sekolah Tempatan Lembah Tuscarawas di timur Ohio, kata Pengarah Agensi Pengurusan Kecemasan Daerah Licking, Sean Grady.
Tiga orang penumpang dalam bas itu, yang membawa pemandu dan 54 orang pelajar disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, kata Peronda Lebuhraya Negeri Ohio kelmarin. Mereka dikenal pasti sebagai John W. Mosely, 18, dari Mineral City; Jeffery D.
Worrell, 18, dari Bolivar; dan Katelyn N. Owens, 15, dari Mineral City.
“Ini merupakan mimpi ngeri terburuk kami, terutama apabila bas yang dipenuhi oleh pelajar itu terlibat dalam kemalangan,” kata Gabenor Ohio, Mike DeWine semasa sidang akhbar di tempat kejadian.
Seramai 15 orang pelajar dan pemandu bas dibawa ke hospital kawasan, manakala pelajar lain dibawa ke lokasi penyatuan semula, kata pegawai. – AP
