Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut, 68 lagi cedera kemalangan bas di Mexico

    MEXICO CITY, 11 Okt – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan 68 yang lain cedera kelmarin ketika sebuah bas yang mengangkut pekerja dari sebuah kilang terbalik di bandar sempadan Reynosa, utara Tamaulipas, Mexico.

    Biro perlindungan awam Tamaulipas mengatakan insiden itu berlaku pada pukul 1:20 pagi waktu tempatan (0620 GMT) ketika bas itu dalam perjalanan dari Reynosa ke bandar jiran Rio Bravo, dekat lapangan terbang tempatan.

    Imej yang disediakan oleh mahkamah negeri menunjukkan bahawa bas yang mengangkut pekerja dari sebuah kilang di sebuah taman perindustrian, terbalik.

    Penyelamat Perlindungan Awam, Palang Merah, Polis Persekutuan, Tentera Laut Mexico dan juga syarikat minyak milik kerajaan, Pemex, segera bertindak bagi kecemasan untuk mengeluarkan penumpang dari kenderaan dan membawa mereka ke dua hospital berdekatan, menurut laporan rasmi. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda