Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut bangunan runtuh di India

    NEW DELHI, 16 Okt – Kira-kira enam orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sebahagian struktur bangunan kediaman empat tingkat runtuh di Karnataka, selatan India hari ini lapor agensi berita China Xinhua.

    Kejadian berlaku kira-kira pukul 6:30 pagi waktu tempatan, di kawasan yang padat penduduk di Ejipura, Bengaluru.

    Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian dikhuatiri meningkat memandangkan beberapa orang dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan.

    Menurut saksi, ketika kejadian kebanyakan penduduk sedang tidur.

    Laporan awal mengatakan punca kejadian di-sebabkan letupan silinder, bagaimanapun Menteri Perumahan Tempatan Karnataka, Ramalinga Reddy menafikannya.

    “Silinder di kedua tingkat bawah dan satu didapati tidak mempunyai gas di dalamnya, jadi bangunan itu runtuh tidak mungkin disebabkan akibat letupan silinder,” kata Reddy kepada media.

    Polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian.

    Sementara itu, kerajaan tempatan mengumumkan pampasan sebanyak AS$7,721 kepada setiap keluarga mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda