6 maut ditembak di luar pangkalan tentera AS

KABUL, AFGHANISTAN, 17 APRIL Seorang lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati enam pekerja tempatan di pangkalan tentera Amerika di utara ibu negara Afghanistan dan mencederakan tiga lagi yang lain, menurut pegawai Afghan hari ini.

Sembilan pekerja, semua warga tempatan dalam perjalana pulang dari kerja lewat semalam apabila seorang lelaki bersenjata menaiki motosikal melepaskan tembakan kea rah mereka dari jarak 500 meter dari pangkalan udara bagram, jurucakap gabenor wilayah Parwan, Wahida Shahkar menjelaskan.

Menurutnya, lelaki bersenjata itu berjaya melarikan diri. Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahed mengatakan kumpulan itu tidak berkaitan dengan penembakan itu. – AP