Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

6 maut kemalangan selepas hantar anggota bakal haji

NARATHIWAT, 28 Julai – Enam maut dalam kemalangan di Kampung Pohon Jerai, Bachok di daerah ini petang semalam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan ibadah haji.

Menurut jurucakap polis di sini, dua lelaki dan empat perempuan maut manakala sembilan yang lain termasuk kanak-kanak cedera dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira 5:30 petang itu.

“Kemalangan berkemungkinan berpunca daripada pemandu yang keletihan dan mengantuk sehingga menyebabkan kenderaan pikap terbabit melanggar tiang elektrik,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurutnya, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang dari Lapangan Terbang Hatyai selepas menghantar anggota keluarga mereka untuk menunaikan haji.

Jenazah enam yang maut dan mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Bachok, katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -