6 maut nahas helikopter

WASHINGTON, 23 JUN – Sebuah helikopter terhempas ke jalan raya di kawasan luar bandar di negeri Virginia Barat Amerika Syarikat (AS) kelmarin, menurut kenyatan pihak berkuasa, dengan media tempatan melaporkan bahawa enam penumpang telah terkorban.

Sementara itu, Pejabat Pengurusan Kecemasan di Logan County, tempat helikopter Bell UH-1B terhempas, berkata dalam catatan Facebook bahawa Laluan 17 di kawasan itu telah ditutup akibat nahas tersebut.

Susulan tragedi itu, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan menulis tweet bahawa ia kini sedang menghantar satu pasukan daripada penyiasat ke lokasi kejadian.

Ketua operasi bagi Pihak Berkuasa Ambulans Kecemasan Logan, Ray Bryant, memberitahu stesen televisyen tempatan WSAZ bahawa enam orang dalam helikopter itu terbunuh apabila ia terhempas, walaupun punca kemalangan masih belum dapat dikenal pasti. – AFP