Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 maut rusuhan penjara di utara Brazil

    RIO DE JANEIRO, 9 April – Enam banduan terbunuh semalam dalam satu rusuhan di sebuah penjara di Manaus, ibu negeri utara Brazil Amazonas, lapor media tempatan.

    Keganasan meletus di penjara Puraquequara atas sebab-sebab yang belum diketahui, dengan enam tahanan yang ditemui mati dalam sel-sel mereka, Globonews melaporkan.

    Puraquequara adalah sebahagian daripada satu siri pertempuran berdarah di antara dua kumpulan pada bulan Januari, mengakibatkan lebih daripada 60 banduan maut. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda