Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    6 maut selepas trak rempuh pesta barbeku

    THE HAGUE, 28 OGOS – Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh kelmarin selepas sebuah trak melanggar benteng dan merempuh pesta barbeku di bandar Nieuw Beijerland di selatan Belanda, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan.

    Polis berkata tujuh orang mengalami cedera parah, termasuk satu dalam keadaan kritikal.

    Polis sedang menyiasat punca trak tersebut meninggalkan jalan raya di kampung Nieuw-Beijerland, selatan Rotterdam. Jurucakap polis, Mirjam Boers berkata pemandu itu, seorang lelaki berusia 46 tahun dari Sepanyol, telah ditahan sebagai sebahagian daripada siasatan dan telah dibawa ke balai polis.

    Boers berkata, pemandu itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian. Punca nahas tidak diketahui serta-merta.

    “Buat masa ini, kami menerima semua senario berkait dengan fakta rempuhan itu,” kata kenyataan polis itu.

    Datuk Bandar tempatan Charlie Aptroot melawat tempat kejadian malam kelmarin. “Takziah saya ucapkan kepada mangsa, keluarga mereka, saksi mata dan pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian,” katanya.

    Dia menambah bahawa dia telah bercakap dengan ramai orang di tempat kejadian dan menyatakan penghargaan di atas solidariti penduduk setempat. – AP/Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...