6 maut serangan di Afghanistan

KABUL, 4 DIS – Enam termasuk seorang doktor warga Jepun dari agensi bantuan kemanusiaan, terbunuh dalam serangan di Jalalabad, wilayah timur Nangarhar, Afghanistan hari ini.

Mereka yang terbunuh termasuklah seorang lagi pekerja bantuan, pengawal keselamatan doktor tersebut, pemandu dan seorang penumpang, menurut jurucakap hospital.

Serangan menyasarkan doktor Jepun, Tetsu Nakamura ketika dia menuju ke Jalalabad, menurut jurucakap Ataullah Khogyani.

Nakamura, juga dikenali sebagai Peshawar Kai di Jepun pada mulanya hanya cedera, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, menurut Khogyani. Nakamura amat dikenali dalam kalangan pekerja bantuan dan kerja-kerja bantuan selama beberapa dekad di Jepun.

Laman sesawang Penshawar Kai menyatakan bahawa Nakamura mula bekerja sebagai pekerja bantuan pada tahun 1984 di Peshawar barat laut Pakistan. Mereka juga menyatakan bahawa pada tahun 1991 Nakamura aktif melakukan bantuan di sebuah kampung terpencil di Nangarhar. – AFP

Anggota keselamatan memeriksa kenderaan yang dinaiki Dr Tetsu Nakamura dan pekerja bantuan di Jalalabad, 4 Disember. Doktor Jepun dan lima yang lain terbunuh dalam serangan tersebut. – AFP